Kalendar 2011 Formula_Satu_musim_2011

Pada 16 April 2010, Bernie Ecclestone mengesahkan ada 20 perlumbaan pada 2011; iaitu semua perlumbaan dari musim 2010 tambah Grand Prix India.[1] Kalendar sementara diumumkan pada 8 September 2010,[75] lalu dimuktamadkan pada 3 November 2010.[76] Bilangan itu dikurangkan kepada 19 ekoran pembatalan Grand Prix Bahrain.

PusinganNama rasmi perlumbaanGrand PrixLitarTarikh
1Grand Prix Australia Qantas[77]GP Australia Albert Park Grand Prix Circuit, Melbourne27 Mac
2Grand Prix Malaysia Petronas[78]GP Malaysia Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur10 April
3Grand Prix ChinaGP China Litar Antarabangsa Shanghai17 April
4Grand Prix TurkiGP Turki Istanbul Park8 Mei
5Gran Premio de EspañaGP Sepanyol Circuit de Catalunya, Barcelona22 Mei
6Grand Prix de MonacoGP Monaco Circuit de Monaco, Monte Carlo29 Mei
7Grand Prix du CanadaGP Kanada Circuit Gilles Villeneuve, Montreal12 Jun
8Grand Prix EropahGP Eropah Litar Jalan Valencia26 Jun
9Grand Prix British SantanderGP British Litar Silverstone10 Julai
10Großer Preis Santander von DeutschlandGP Jerman Nürburgring24 Julai
11Magyar Nagydíj EniGP Hungary Hungaroring, Budapest31 Julai
12Grand Prix BelgiumGP Belgium Circuit de Spa-Francorchamps, Spa28 Ogos
13Gran Premio Santander d'ItaliaGP Itali Autodromo Nazionale Monza11 September
14Grand Prix SingapuraGP Singapura Litar Jalan Singapura25 September
15Grand Prix JepunGP Jepun Litar Suzuka, Suzuka9 Oktober
16Grand Prix KoreaGP Korea Litar Antarabangsa Korea, Yeongam16 Oktober
17Grand Prix IndiaGP India Litar Antarabangsa Buddh, Noida Raya11 Disember
18Grand Prix Abu Dhabi Etihad AirwaysGP Abu Dhabi Litar Yas Marina13 November
19Grande Prêmio do BrasilGP Brazil Autódromo José Carlos Pace, São Paulo27 November

Catatan:

Grand Prix India tertakluk kepada penghomologan litar.[76]

Perubahan

  • Musim ini sepatutnya bermula dengan Grand Prix Bahrain pada 13 Mac, tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran tunjuk perasaan anti-kerajaan di situ.[79] Keputusan muktamad sama ada untuk menjadualkan semula atau membatalkan terus perlumbaan ini telah dibuat pada 3 Jun,[80] yang mana Majlis Sukan Bermotor Sedunia sebula suara mengundi untuk memulihkan perlumbaan Bahrain dalam kalendar musim ini.[81] Bagaimanapun, Persatuan Pasukan Formula Satu (FOTA) membangkang penjadualan semula itu.[82][83] Seminggu selepas keputusan Majlis Sukan Bermotor Sedunia itu, para penganjur GP Bahrain secara rasminya menarik diri dari kalendar tahun ini,[84] sekaligus memulihkan tarikh asal GP India.
  • Musim 2011 akan menyaksikan penambahan Grand Prix India dalam jadual F1.[85]
  • Malaysian Grand Prix akan mengubah namanya kepada Malaysia Grand Prix sebagai sebahagian dari usaha untuk mempromosi negara.[78]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Formula_Satu_musim_2011 http://www.autosport.com/news/report.php/id/84244 http://www.autosport.com/news/report.php/id/84697 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86444 http://www.autosport.com/news/report.php/id/86894 http://www.autosport.com/news/report.php/id/87742 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88128 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88303 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88501 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88547 http://www.autosport.com/news/report.php/id/88557